Thursday, June 4, 2009

Atiqah


Atiqah, originally uploaded by busu9107.

Yang Mulia, Yang Dipilih

Kekuningan


Kekuningan, originally uploaded by busu9107.

"Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna."

(Surah Az-Zumar, ayat 21)

Tuesday, June 2, 2009

Lambaian Senja


Lambaian Senja, originally uploaded by busu9107.

"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."

(Surah Hud, ayat 114)

Monday, June 1, 2009

Perhiasan Dunia


Perhiasan Dunia, originally uploaded by busu9107.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."

(Surah Al-Kahfi, ayat 7)